Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

27) MORATORIUM 25 TAHUN HUTAN SIMPAN KEKAL

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan dasar moratarium 25 tahun berkenaan dengan Hutan Simpan Kekal khususnya untuk pembangunan di sepanjang Persiaran Mokhtar Dahari?

    Soalan ini akan dijawab bersekali dengan Soalan No 72 daripada Y.B. ADN Kota Anggerik dan Soalan No 196 Y.B. ADN Sungai Pelek. Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Hutan Simpan Bukit Cherakah yang masih kekal pada masa kini adalah seluas ±1,298.86 hektar (±3,208 ekar) dan Hutan Simpan Bukit Cherakah Tambahan dengan keluasan ±982.80 hektar (±2,427.51 ekar). Kedua-dua hutan simpanan kekal ini masih diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor sebagai kelas Hutan Perlindungan iaitu Hutan Tadahan Air dan Hutan Bagi Maksud-maksud Persekutuan.

    Hutan Simpan Bukit Cherakah telah melalui kira-kira 20 kali penyahwartaan sejak tahun 1962 melibatkan seluas ±30,172.46 ekar. Penyahwartaan yang terakhir adalah seluas 406.22 hektar (1,003.76 ekar) pada tahun 2000 dan hanya selesai dilaksanakan pada 5 Mei 2022 yang lalu melalui kenyataan siar warta G.N. 1645-2022 (P.W. 1443).

    Walau bagaimanapun, terdapat permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi  Malaya Shah Alam ke atas keputusan penyahwartaan hutan ini pada 11 Ogos 2022 lalu. Justeru, Kerajaan Negeri akan menyemak cadangan rundingan untuk mewarta semula hutan ini.

    Dasar Moratorium Pembalakan selama 25 tahun telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui pembentangan bajet oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada tahun 2010. Dasar ini umumnya membekukan segala aktiviti pembalakan di dalam kawasan hutan simpanan kekal sebagai salah satu usaha melindungi dan memelihara sumber alam yang penting. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih boleh melaksanakan sebarang pembangunan di dalam kawasan hutan simpanan kekal sekiranya melibatkan kepentingan awam seperti pembinaan empangan, talian TNB, lebuh raya, laluan bekalan air dan sebagainya.

    Aktiviti pembangunan ini akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi menangani sebarang impak pencemaran alam sekitar dan melindungi kawasan-kawasan sensitif.

  2. Berapakah baki hutan simpan yang masih kekal dan berapakah jumlah yang telah dinyah gazet hutan simpan Bukit Cherakah?

Lampiran

Tiada Lampiran.