Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

26) PEMBINAAN HIGHWAY WCE (PUNCAK ALAM – JERAM – KUALA SELANGOR)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jaminan penyelenggaraan jalan yang telah rosak akibat laluan kegunaan pengangkutan berat?

    Bagi jalan-jalan sediada yang diserahkan kepada pihak syarikat konsesi iaitu West Coast Expressway Sdn. Bhd. dan kontraktor akan menjalankan penyelenggaraan berkala dan rutin mengikut skop antaranya penyenggaraan turapan jalan, pembaikan potholes, pemotongan rumput, kebersihan jalan dan lain-lain berdasarkan keperluan penyenggaraan yang ditetapkan. Memandangkan sebahagian jajaran lebuh raya telah boleh dilalui, bilangan kenderaan berat yang menggunakan jalan sedia ada telah diminimakan.

  2. Apakah tindakan jawatankuasa agensi memastikan saliran dan infra kawasan diselenggara dengan betul?

    Pihak Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa bekerjasama bersama agensi Kerajaan yang lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau kerja-kerja pembinaan lebuhraya ini agar berada dalam keadaan terkawal bagi memastikan memastikan saliran dan infra kawasan diselenggara dengan betul.

  3. Kesan binaan highway ini menjejaskan hasil tanaman dan pendapatan petani. Apakah resolusi jaminan menanganinya?

    Resolusi bagi mengurangkan sebarang implikasi ke atas semua kawasan sediada di sepanjang koridor pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat (WCE) telah dilaksanakan seperti berikut:

    1. Membersih dan menyelenggara semua sungai/saliran sediada dalam kawasan pembinaan Lebuh Raya WCE sepanjang tempoh pembinaan.
    2. Melaksanakan, menyelenggara dan menambahbaik Pelan Kawalan Hakisan dan Pemendapan (Erosion and Sediment Control Plan – ESCP) seperti menyediakan beg pasir (sand bag), pagar lumpur (silt fence), longkang sementara (temporary drain), penanaman rumput (turfing), kolam takungan mendapan (sediment basins) dan lain-lain amalan pengurusan baik (Best Management Practices) di sepanjang tempoh pembinaan sepertimana syarat-syarat kelulusan EIA.

    Oleh yang demikian, pembinaan Lebuh Raya WCE ini akan dipastikan mematuhi serta memenuhi semua garis panduan untuk mengurangkan impak yang akan menjejaskan hasil tanaman dan pendapatan petani.

Lampiran

Tiada Lampiran.