Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

25) PROJEK PERUMAHAN DI LEMBAH JAYA DAN AMPANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembangunan perumahan bagi golongan berpendapatan RM5,000 dan ke bawah di Lembah Jaya khususnya dan Ampang amnya?

    Untuk makluman Yang Berhormat, isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah di Negeri Selangor adalah disyorkan untuk membeli Rumah Selangorku sebagai rumah pertama yang mana jualannya bermula pada harga RM42,000 hingga RM250,000 seunit. Sehingga 1 Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 14 projek dengan 2,739 unit Rumah Selangorku untuk ditawarkan kepada mereka yang berkelayakan di kawasan Ampang. Perincian status pembangunan tersebut adalah seperti berikut: –

    Perincian Pembangunan RSKU di Kawasan Ampang

Lampiran

Tiada Lampiran.