Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

24) JUMLAH KUTIPAN HASIL TAHUNAN 2022

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kutipan hasil premium tanah dan cukai pintu terkini bagi tahun 2022 dan perbandingan dengan sasaran yang ditetapkan mengikut PBT dan anggaran kutipan bagi tahun 2023.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Premium Tanah adalah hasil yang dikutip oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) dan Pejabat Daerah / Tanah Negeri (PDT). Hasil premium tanah ini adalah diakaunkan sebagai hasil Kerajaan Negeri. Cukai Taksiran pula adalah hasil yang dikutip dan diakaunkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.

    Kutipan hasil premium tanah terkini sehingga 31 Oktober 2022 adalah  berjumlah RM1,043,219,725.67 dan perbandingan dengan anggaran mengikut kesemua sembilan (9) PDT dan PTGS adalah seperti berikut:

    Jadual : Prestasi Kutipan Hasil Premium Tanah sehingga 31 Oktober 2022 Berbanding Anggaran

    Manakala, anggaran hasil Premium Tanah bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM753.72 juta Perincian anggaran tersebut mengikut sembilan (9) PDT dan PTGS adalah seperti berikut:

    Jadual : Anggaran Hasil Premium Tanah Tahun 2023

    Tuan Speaker,

    Bagi kutipan Hasil Cukai Pintu terkini sehingga 31 Oktober 2022 mengikut PBT adalah seperti berikut:

    Manakala anggaran hasil cukai pintu bagi tahun 2023 mengikut PBT adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.