Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

22) SMUE

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menaikkan nilai RM100 ke RM200 bagi pemberian baucer SMUE dan Jom Shopping Perayaan memandangkan kos barangan yang naik?

    Pertanyaan ini akan dijawab bersekali dengan soalan Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar (N42 Meru) berkaitan tajuk yang sama.

    Bermula September 2019, program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dilaksanakan dimana ahli SMUE yang masih hidup menerima manfaat baucar beli-belah bernilai RM100.00 setiap tahun pada bulan kelahiran mereka.

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri masih mengekalkan nilai baucar kepada RM100 kepada setiap penerima. Bagi tahun 2022, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) selaku pelaksana bagi program ini telah menganggarkan jumlah penerima sebanyak 196,000 orang dengan implikasi kewangan sebanyak RM19.6 Juta bagi pemberian baucar Jom Shopping SMUE. Sebarang kenaikan baucar akan melibatkan bajet yang besar kerana jumlah penerima yang ramai di seluruh Negeri Selangor dan peningkatan bajet ini perlu diselaraskan di peringkat Kerajaan Negeri.

    Disamping itu, manfaat selepas kematian ahli SMUE turut diwujudkan dimana setiap ahli SMUE yang meninggal dunia, waris akan menerima wang khairat kematian bernilai RM500.00. Oleh yang demikian, sehingga kini, terdapat dua (2) manfaat di bawah skim ini iaitu:

    1. Manfaat semasa hidup – pemberian baucar beli-belah 00 setiap tahun pada bulan kelahiran ahli; dan
    2. Manfaat selepas kematian – pemberian wang khairat kematian dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian sebanyak RM500.00 kepada waris sekiranya ahli meninggal dunia.

Lampiran

Tiada Lampiran.