Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
18) GURU KAFA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tahap pendapatan sebenar dan latar belakang keupayaan ekonomi guru-guru KAFA di seluruh Negeri Selangor pada waktu ini?
Tahap pendapatan sebenar dan latar belakang keupayaan ekonomi Guru KAFA di Negeri Selangor adalah di bawah B40 berdasarkan elaun Guru KAFAI adalah antara RM1,350.00 hingga RM1,500.00 sebulan. Berdasarkan kadar garis kemiskinan di peringkat Nasional, bagi satu keluarga adalah RM2,208.00. Maka keupayaan ekonomi Guru KAFA di Negeri Selangor adalah dibawah kadar garis kemiskinan.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menaikkan elaun guru-guru KAFA ?
Kenaikan elaun guru-guru KAFA boleh dipertimbangkan mengikut kesesuaian dan keupayaan kewangan Kerajaan Negeri.