Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

13) BAIK SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah impak ekonomi yang telah dihasilkan oleh program BAIK Selangor 2021?

    Soalan jawapan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Sepanjang pandemik covid 19, ekonomi domestik rata-rata telah menerima kesan buruk. Sebagai usaha untuk merangsang ekonomi domestik, kerajaan negeri telah melancarkan projek penjenamaan semula produk desa Kampung Baru serta pembangunan ekonomi setempat melalui projek yang dikenali sebagai BAIK Selangor.

    BAIK Selangor telah berjaya menarik minat penyertaan lebih daripada 80 pengusaha dan sebanyak 37 produk telah berjaya dijenamakan semula lalu mendapat pengiktirafan BAIK Selangor 2021-2022.

    Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan peluang penjualan kepada para usahawan Kampung Baru melalui medium media sosial dan pelbagai platform lain termasuk bazar secara fizikal atau jualan atas talian. Di samping itu, Projek BAIK Selangor turut mendapat perhatian secara global. Antaranya, media negara China, Xinhua net telah meliputi berita tentang perjalanan projek BAIK Selangor. Malahan platform perniagaan atas talian terkenal TaoBAO turut memasarkan produk-produk BAIK Selangor. Selain itu, Taipei Economic and Cultural Office menunjukkan minat untuk bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha BAIK Selangor.

    Dengan adanya pendedahan dan peluang yang diberikan ini, sesetengah produk telah berjaya meningkatkan jualan berlipat kali ganda berbanding sebelumnya. Program ini turut membuka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan setempat khususnya terhadap golongan muda di mana mereka tidak perlu lagi meninggalkan kampung mereka untuk mencari pendapatan.

    Program ini juga telah membantu pengusaha BAIK Selangor memperluaskan kemahiran berniaga dalam menjana peluang pekerjaan di kampung masing-masing. Melalui program ini juga, identiti dan nilai kampung baru juga dapat dipertingkatkan selain berjaya menarik perhatian pelancong untuk melawat ke kampung-kampung berkenaan.

    Dengan adanya program sebegini, ia mampu memberi impak kepada ekonomi khususnya Industri Kecil dan Sederhana pada tahun 2021. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri meneruskan program ini pada tahun 2022 iaitu dengan mengadakan program BAIK Selangor 2022-2023.

    Bagi tahun 2022, program ini diteruskan dengan sasaran penghasilan produk baharu sebanyak 40 produk. Dalam masa yang sama, set buah tangan pertama atas penjenamaan negeri Selangor Tahun 2022-2023 dilancarkan.  Objektif Program BAIK pada tahun ini juga menekankan elemen penciptaan sistem sokongan komuniti yang merangkumi Crowdfunding, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), pengiktirafan pembelian oleh Kerajaan dan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDGs).

  2. Apakah rancangan seterusnya untuk BAIK Selangor 2022?

Lampiran

Tiada Lampiran.