Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
10) MASJID BAHARU SUNGAI HAJI DORANI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini berkenaan cadangan pembinaan masjid baru tersebut?
Pihak Jawatankuasa Pembinaan telah mendapat kebenaran dari pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 27 Julai 2022 untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan tapak dan menambak tanah di tapak pembinaan masjid disebabkan lokasi tanah tersebut yang hampir dengan pantai dan bimbang berlaku mendapan tanah jika kerja-kerja penambakan tidak dilakukan lebih awal. Permohonan permit kerja tanah untuk kerja-kerja pembersihan tapak dan melaksanaan kerja-kerja menambak tanah bagi cadangan pembinaan Masjid di lot 11238 dan 11240 Kampung Sungai Haji Dorani juga telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada 29 Jun 2022.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membiayai keseluruhan pelan pembangunan masjid tersebut?
Pembinaan Masjid Sungai Haji Dorani dianggarkan berjumlah RM 12 juta telah dipohon kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada bulan April 2021. Kelewatan permohonan ini menyebabkan cadangan projek ini tidak dapat dipertimbangkan untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke 12. Walaubagaimanapun, pihak JAIS mendapati terdapat keperluan untuk pembinaan berkenaan disebabkan justifikasi berikut :
- Pembinaan dan pembesaran jalan utama dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam telah membahagi Kampung Sungai Haji Dorani kepada dua (2) bahagian yang terpisah.
- Laluan jemaah ke masjid lama sediaada yang terpisah juga semakin jauh dan turut lebih terdedah pada isu keselamatan dan kemalangan
- Pertambahan bilangan jemaah dan jumlah rumah yang semakin bertambah
- Tapak cadangan masjid baru (wakaf khas) juga lebih luas dan sesuai untuk pembinaan masjid.
Berasaskan faktor tersebut, JAIS mencadangkan agar projek pembinaan masjid tersebut untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke 13 (RMK) yang akan datang.
-
Bilakah peruntukan tersebut boleh mula dilaksanakan?
Jika diluluskan akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke 13 yang akan bermula dari 2026 – 2030.