Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

8) KEMARAU 2025

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pelan tindakan Kerajaan Negeri untuk menghadapi kemarau berpanjangan yang akan bermula pada 2025?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    JPS

    Sebagai persediaan dan perancangan dalam menghadapi musim kemarau, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah membangunkan Laman Sesawang Info Kemarau bermula sejak tahun 2001 yang boleh dicapai melalui pautan http://infokemarau.water.gov.my.

    Laman Web berkenaan memaparkan status semasa aras empangan, kadar luahan dan hujan bagi stesen-stesen hidrologi di seluruh Malaysia. Maklumat-maklumat berkenaan telah digunakan oleh pelbagai pihak termasuk wartawan dalam melaporkan status empangan di dalam akhbar tempatan. JPS juga mengunakan maklumat tersebut semasa pembentangan di peringkat Kementerian dan juga NADMA.

    Pada tahun 2016, dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), JPS Malaysia telah melaksanakan kajian dan Program Pembangunan National Water Balance Management System (NAWABS) secara berperingkat bagi 19 lembangan sungai di Malaysia.

    Pada tahun 2020-2021, Laman Sesawang NAWABS bagi Lembangan Sg. Muda, Sg. Kedah, Sg. Bernam, Sg. Kelantan dan Sg. Melaka  telah siap manakala bagi Lembangan Sg. Similajau di Bintulu dan Sg. Klang pula dijangka siap pada bulan September 2022.

    Sistem NAWABS memaparkan status semasa dan ramalan kecukupan air di empangan serta ramalan kemarau dapat dibuat dalam tempoh 2 hingga 12 bulan ke hadapan.

    JPS Malaysia juga telah menyediakan laporan berkala iaitu pelaporan secara mingguan meliputi data aras empangan, storan dan trend. Pelaporan bulanan melibatkan data Standard Precipitation Index (SPI), empangan, kadar luahan sungai, aras air dan ramalan kemarau. Laporan bulanan ini boleh dimuat turun melalui laman sesawang Info kemarau. JPS Malaysia juga menyediakan laporan khas mengikut keperluan Jabatan, Kementerian dan juga Negeri.

    JPS Malaysia sedang dalam rangka menyediakan Pelan Tindakan Bencana Kemarau yang merangkumi Prosedur Operasi Standard (SOP) lengkap sebelum, semasa dan selepas kemarau.

    LUAS

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mewartakan 20 buah kolam bekas lombong dan telah mengenalpasti 78 kolam tambahan baru. Jumlah kolam, tasik dan bekas lombong yang akan membantu menghadapi kemarau adalah sebanyak 98 buah.

    Daripada 98 kolam ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan 21 buah kolam dipilih untuk dinaik taraf dalam Skim Jaminan Air Mentah (SJAM). Kolam-kolam yang dipilih ini dijangka mampu menyediakan tambahan bekalan air dengan ketahanan selama 2 bulan. Kolam tersebut akan dinaik taraf dengan infrastruktur tambahan dengan jangkaan kapasiti sekarang iaitu 14 juta meter padu kepada 21 juta meter padu.

    Sementara itu, 127 kolam takungan banjir JPS sedia ada akan dinilai sekiranya boleh bertindak dwifungsi iaitu sebagai takungan banjir dan sumber air alternatif ketika musim kemarau.

  2. Sila nyatakan pelan tindakan kemarau berpanjangan tersebut dari segi sekuriti makanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.