Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
7) PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Dari pengalaman, kelemahan dan kesilapan pengurusan banjir yang lalu, apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor memperkemaskan proses permohonan bantuan banjir untuk mengelakkan penyelewangan dan permohonan yang bertindih?
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memastikan segala permohonan bantuan banjir diproses dengan baik tanpa ada sebarang penyelewengan, sentiasa menyemak permohonan bertindih dan mengesan sebarang permohonan yang tercicir. Langkah-langkah penyelesaian yang dilaksanakan:
- Penyerahan bantuan segera disalurkan untuk permohonan yang lengkap dan mendaftar berpindah ke PPS;
- Laporan Polis perlu dikepilkan bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS bagi mengelakkan penyelewengan atau tuntutan bertindih; dan
- Pengesahan oleh Pegawai yang dilantik untuk mengesahkan pemohon yang tidak berpindah ke PPS adalah mangsa bencana.
-
Adakah PPS yang ada di dalam keadaan sempurna?
Sebanyak 796 Pusat Pemindahan Sementara dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti ruangan, bekalan air bersih, elektrik, kemudahan membersih diri dan fasiliti yang sentiasa selamat digunakan serta barangan bantuan bencana iaitu keperluan-keperluan asas lain. Stok keperluan asas Hygine kit, kit kaunseling dan 10,345 buah cubical tent serta 332 mobile partition adalah seperti berikut: