Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

201) KOS SARA HIDUP

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah yang diambil oleh Selangor bagi menangani peningkatan dalam kos sara hidup?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat Lembah Jaya, isu kos sara hidup sentiasa menjadi kerisauan rakyat khususnya mereka yang berada dalam kalangan golongan berpendapatan rendah. Beberapa usaha pantas yang mendorong prestasi pengukuhan ekonomi telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan mewujudkan mekanisme, inisiatif dan pendekatan baharu sesuai dengan keperluan semasa untuk mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

    Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang baru sahaja dilaksanakan pada bulan Julai 2022 lepas memberi fokus di dalam aspek kebajikan dan keluarga, pekerjaan, kesihatan, pendidikan dan perumahan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM305.19 juta. Program ISP ini juga telah menggantikan Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sebelum ini dengan program-program baharu dan sedia ada yang ditambah baik sejajar untuk pemberdayaan rakyat.

    Antara program yang telah ditambah baik adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dimana ianya telah diatur balik dari Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM300 bagi setiap bulan untuk membeli barangan keperluan asas dan peralatan pendidikan.

    Tidak ketinggalan juga program-program bantuan peningkatan pendapatan yang ditawarkan kepada rakyat Negeri Selangor seperti Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan. Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008 dan memberi fokus dalam membantu meningkatkan pendapatan dengan memberi bantuan berbentuk mesin ataupun peralatan kepada golongan B40 di Negeri Selangor. Nilai manfaat iaitu sebanyak RM5,000.00 bagi setiap permohonan telah digunakan sejak tahun 2014 dan ianya dilihat sudah tidak relevan. Justeru, atas dasar keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor, pada tahun 2022, nilai had siling tersebut telah dinaikkan kepada RM10,000.00 disebabkan harga mesin dan peralatan yang meningkat saban tahun. Oleh yang demikian, kenaikan nilai manfaat ini diharapkan dapat membantu golongan B40 yang layak, untuk menerima mesin atau peralatan yang lebih berkualiti, lebih berteknologi dan tahan lama sesuai dengan harganya supaya dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

    Terdapat juga program-program lain di dalam ISP yang memberi fokus dalam membantu meningkatkan pendapatan dan mengurangkan beban kos sara hidup sekali gus dapat membasmi kemiskinan seperti Dana Usahawan Mikro Selangor, Program Bantuan Peralatan I-SEED, Skim Hijrah Mikrokredit, Geran Padanan Digital SIDEC, Bas Smart Selangor, Skim Air Darul Ehsan (SADE), Program Peduli Siswa, Iltizam Selangor Sihat serta pelbagai lagi.

  2. Apakah program membasmi kemiskinan yang mampan dilaksanakan oleh Selangor?

Lampiran

Tiada Lampiran.