Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
198) PEMULIHARAAN KAWASAN BUKIT BELACAN SELEPAS PEMBINAAN EKVE
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Siapakah pihak yang bertanggungjawab memulihara kawasan rekreasi Bukit Belacan selepas siap pembinaan Projek Lebuhraya EKVE?
Pihak Syarikat East Klang Valley Expressway (EKVE) adalah pihak yang bertanggungjawab bagi kerja-kerja membaikpulih kawasan rekreasi Bukit Belacan iaitu Taman Rimba Ampang.
-
Apakah cadangan Pelan Pemuliharaan Bukit Belacan dan pihak yang memantau perlaksanaannya?
Pelan pemulihan ini dilaksanakan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM2,340,200.00 dan melibatkan 5 Zon Rekreasi. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor adalah merupakan agensi yang bertanggungjawab bagi memantau pelaksanaan pemulihan Taman Rimba Ampang tersebut.