Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
193) PEMBINAAN PUSAT KESIHATAN / HOSPITAL
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah penduduk di kawasan Bukit Beruntung, Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya saban hari semakin meningkat. Apakah ada cadangan kerajaan untuk mengadakan pusat kesihatan / hospital di kawasan tersebut?
Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) berkapasiti 120 katil merupakan satu-satunya hospital awam tanpa pakar yang terletak di Daerah Hulu Selangor. HKKB akan merujuk pesakit ke hospital berpakar iaitu Hospital Selayang. Kedua-dua hospital ini merupakan Hospital Kluster Zon Timur bagi JKN Selangor. Untuk makluman, JKN Selangor telah mengangkat permohonan cadangan membina Bangunan Baru Unit Kecemasan Dan Trauma Termasuk Fasiliti Yang Berkaitan Di Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor ke Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah RMK ke-12 Rolling Plan Ke-3 Tahun 2023-2024 dan masih menunggu kelulusan. Projek pembangunan Klinik Kesihatan (Jenis 3) Bukit Sentosa, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor (baru) yang merupakan projek pindah dari Klinik Kesihatan Bangsar, JKWPKL ke JKN Selangor telah diluluskan. Walau bagaimanapun, status projek adalah masih dalam penelitian reka bentuk bangunan. Buat masa ini. penduduk di sekitar Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Hulu Selangor dan Taman Bunga Raya boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Klinik Komuniti (KKOM) Bukit Sentosa atau Klinik Komuniti (KKOM) Bukit Beruntung bagi rawatan pesakit luar manakala perkhidmatan kesihatan ibu mengandung (antenatal & postnatal) dan kesihatan kanak-kanak boleh didapatkan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Bukit Sentosa