Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

192) LOKASI RUMAH KEDAI DAN TAPAK KOMERSIAL YANG TERBIAR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri akan mencadangkan melalui agensi kerajaan dalam mengambil inisiatif membangunkan kawasan terbiar menjadi Pusat Industri Kecil Sederhana seperti pertanian atau perternakan atau pusat jualan borong?

    Tanah yang terbiar seperti lokasi rumah kedai dan tapak komersial sebenarnya memang boleh mendatangkan banyak kebaikan dan kelebihan sekiranya diusahakan secara berperingkat.

    Pihak Berkuasa Tempatan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mempunyai matlamat yang tinggi untuk mencari lokasi yang berpotensi bagi menjalankan aktiviti pertanian atau penternakan sekiranya Kerajaan Negeri mencadangkan untuk membangunkan kawasan terbiar tersebut melalui Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 yang diwartakan pada 12 Ogos 2021. Beberapa strategi telah dirangka

    bagi membantu untuk menyelesaikan isu ini antaranya ialah seperti yang berikut:

    i. memperkenalkan konsep Agro Park atau Kebun Komuniti bagi melestari alam sekitar di kawasan brownfield sebagai langkah sementara; dan

    ii. cadangan menaik taraf dan penambahbaikan imej industri brownfield sedia ada khususnya di kawasan Pusat Bandar Utama Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa dengan mewujudkan pusat perniagaan borong yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sekitar.

    Atas inisiatif tersebut, ia akan menyumbang kepada kelangsungan sekuriti makanan di Selangor selain membuka peluang lebih luas kepada usahawan tani untuk mengusahakannya di bawah seliaan PKPS.

    Sebagai contoh, antara tanaman yang mempunyai potensi tinggi adalah jagung bijirin, pisang, cili, nenas dan melon serta penanaman sayur-sayuran secara berkelompok yang disebabkan oleh nilai dan permintaan yang tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.