Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
190) MEMBINA PUSAT AKTIVITI DAN RIADAH BELIA DI BUKIT BERUNTUNG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Atas sebab peningkatan penduduk, pusat aktiviti dan riadah adalah perlu diutamakan ini bagi mencegah anak muda terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral. Apakah kerajaan bercadang untuk menambah tempat riadah di kawasan tersebut khususnya untuk golongan belia?
MPHS dalam usaha menyediakan Hulu Selangor Landscape Blueprint. Melalui Blueprint ini, MPHS akan mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dinaiktaraf sebagai taman awam untuk beriadah. Kerja naiktaraf tersebut akan dilaksanakan oleh Majlis melalui peruntukan MPHS atau jabatan luar seperti KPKT atau SUK. MPHS juga akan mensyaratkan pemaju-pemaju untuk menyediakan taman bandar di bandar-bandar baru yang akan dimajukan.