Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

184) APLIKASI SELANGKAH

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah objektif aplikasi SELangkah dan berapakah jumlah pelaburan Kerajaan Negeri untuk memiliki aplikasi tersebut? Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik peranan dan fungsi aplikasi SELangkah selaras dengan jumlah pelaburan dan cabaran semasa?

    Objektif aplikasi SELangkah adalah satu aplikasi Teknologi Kepintaran Buatan (AI) bukan komersil yang dibangunkan hasil inisiatif Selangor Task Force (STFC) yang telah digunapakai semenjak 5 Mei 2020. Penggunaan aplikasi ini memperlihatkan kebolehan industri perniagaan untuk beroperasi semula dengan selamat semasa wabak melanda. Kerajaan Negeri tidak membelanjakan sebarang kos bagi penggunaan aplikasi SELangkah. Aplikasi SELangkah dimiliki oleh Selangkah Ventures Sdn Bhd dengan ekuiti 60% dimiliki oleh SELGATE Healthcare Sdn Bhd (anak syarikat milikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor). Untuk menambah baik peranan dan fungsi aplikasi SELangkah selaras dengan jumlah pelaburan dan cabaran semasa, aplikasi SELangkah telah merangkumi beberapa ciri ciri terbaharu seperti:

    1)      Selangkah E-Wallet – Selangkah E-Wallet adalah e-wallet pertama Selangor yang dilancarkan pada Disember 2021 untuk memudahkan pembayaran tanpa tunai (cashless) selaras dengan misi cara pembayaran yang lebih selamat semasa dan selepas era pandemik

    2)      Selangkah Biz – Selangkah Biz adalah aplikasi mudah alih yang membolehkan peniaga menerima bayaran tanpa tunal daripada pelanggan melalui pelbagai penyedia e-dompet tempatan dengan lancar dan selamat.

     

    3)      Selangkah ID – Selangkah ID merupakan pengenalan diri secara digital dengan kemampuan “Single-Sign-On”. Pengenalan digital bersepadu pertama di Malaysia ini membolehkan fungsi SELANGKAH dimanfaatkan oleh semua pihak.

    4)      Selcare Store – Selcare Store ini merupakan platform untuk membeli di farmasi yang telah kami sediakan melalui dalam talian tanpa perlu ke kedai secara fizikal. Platform ini juga diletakkan dalam aplikasi SELangkah bagi memudahkan semua pihak yang memerlukan perkhidmatan test kit, ubat-ubatan dan barangan farmasi yang lain

    5)      Bingkas – Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) merupakan Program Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah mengurus hal ehwal keluarga. Justeru Itu, program ini diperkenalkan dan dimasukkan ke dalam aplikasi SELangkah bagi proses pendaftaran serta permohonan bagi memudahkan urusan individu yang berkelayakan untuk melakukakannya

    6)      Selangor Saring – Selangor Saring ialah sebuah program saringan kesihatan yang dilaksanakan bagi membolehkan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit, kanser dan penyakit mata terpilih dalam kalangan warga Selangor. Program ini juga diletakkan di dalam aplikasi SELangkah bagi proses pendaftaran agar memudahkan seluruh warga Selangor untuk mendapatkan informasi serta keputusan berkenaan dengan program ini

    7)      Screening ini memudahkan pengguna untuk mendaftarkan diri untuk saringan Covid-19 samada di bawah kelolaaan kerajaan negeri ataupun secara komersil. Fungsi ini diselaraskan Bersama National Public Health Laboratory(Simka)

    8)      Map Fungsi ini memudahkan pengguna untuk memeriksa kawasan-kawasan – yang sarat dengan kes Covid-19 terkini untuk memudahkan pergerakan pengguna dan memastikan keselamatan mereka

    9)      Home Quarantine – ini mengandungi fungsi untuk pesakit Covid-19 memantau kesihatan mereka dan memudahkan proses menganalisi data klinikal

    10)    CAC Assessment – ini mengandungi fungsi untuk mengurus kes-kes pesakit diperingkat daerah dan CAC untuk primary dan secondary triage

    11)    Selvax Vaksin – Selvax Vaksin Ini merupakan satu platform untuk pihak yang ingin mendapatkan vaksin atau booster dengan lebih mudah melalui aplikasi SELangkah

     

    12)    Mental Sehat – fungsi psychosocial dan kesihatan mental untuk pengguna yang terkesan dengan pandemik samada secara langsung atau tidak langsung Antara fungsi-fungsi lain yang sedang dibangunkan didalam aplikasi Selangkah
    ini antaranya:

     

    1).     Telemedicine – fungsi ini memudahkan pengguna untuk berhubung terus dan bertanya dengan pakar kesihatan tentang apa masalah yang mereka sedang hadapi

    2).     E-prescription – pengguna boleh mendapat preskripsi secara online untuk membeli ubat-ubatan juga secara online melalui Selcare Store di atas

     

    3).     Electronic Medical Record (EMR) – fungsi ini dapat melengkapkan pengguna dengan sejarah kesihatan mereka yang boleh disimpan dan dirujuk sampai bila-bila dan pada bila-bila masa

    4).     Maklumat awal geologi – fungsi ini boleh digabungkan dengan fungsi Map diatas dan memberi amaran kepada pengguna tentang bahaya geologi dan cuaca seperti banjir dan sebagainya

    Dengan adanya fungsi sedia ada dan yang sedang dibangunkan seperti diatas, ini membolehkan Selangkah mencapai misinya menjadi sebuah super-app berteraskan kesihatan dan keselamatan dari segi mental, fizikal dan kewangan

Lampiran

Tiada Lampiran.