Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

174) PERTANIAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jenis bantuan kepada petani yang terlibat dengan banjir di DUN Semenyih.

    Kerajaan Negeri telah memberikan bantuan awal kepada seramai 21 orang petani yang terjejas banjir pada bulan Disember 2021 di DUN Semenyih dengan nilai bantuan sebanyak RM50,000.00. Bantuan adalah dalam bentuk input baja kimia NPK dan baja fertigasi akan disalurkan kemudian mengikut kawasan pertanian yang terjejas. Manakala bantuan peringkat persekutuan adalah bantuan Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA). Peruntukan ini adalah untuk meringankan beban petani dan usahawan industri asas tani yang terjejas, bagi memulakan atau membangunkan semula projek pertanian mereka yang musnah atau terjejas akibat banjir. Bantuan ini juga turut diberikan dalam bentuk input, peralatan dan pembaikan infrastruktur. Bagi DUN Semenyih, bantuan PPSPA telah disalurkan untuk 15 petani dengan jumlah peruntukan sebanyak RM106,275.00. Bantuan adalah dalam bentuk bahan input seperti baja, peralatan pertanian dan mesin pertanian bagi membantu mereka memulakan projek-projek yang terjejas semasa bencana tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.