Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

173) CUKAI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar kenaikan harga cukai pintu di Daerah Hulu Langat?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] menuntut agar nilaian baharu cukai taksiran perlu disemak setiap lima (5) tahun.

    Selaras dengan ini, Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 38/2021 yang diadakan pada 10 November 2021 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 39/2021 pada 17 November 2021 agar penyediaan senarai nilaian baharu dilaksanakan di semua kawasan operasi PBT, memandangkan terdapat aras cukai sedia ada yang telah menjangkau lebih daripada 30 tahun.

    Walaubagaimanapun, memandangkan keadaan ekonomi semasa di mana rakyat masih terhimpit dengan kenaikan kadar inflasi harga makanan dan keperluan asas, Kerajaan Negeri melalui keputusan mesyuarat MMKN pada 13 Julai 2022 telah bersetuju agar tiada nilaian baharu yang akan dikuatkuasakan.

  2. Apakah tindakan Menteri Besar Negeri Selangor kepada rakyat yang menanggung kadar kenaikan cukai pintu yang terlalu tinggi?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] menuntut agar nilaian baharu cukai taksiran perlu disemak setiap lima (5) tahun.

    Selaras dengan ini, Kerajaan Negeri secara dasarnya bersetuju melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke 38/2021 yang diadakan pada 10 November 2021 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 39/2021 pada 17 November 2021 agar penyediaan senarai nilaian baharu dilaksanakan di semua kawasan operasi PBT, memandangkan terdapat aras cukai sedia ada yang telah menjangkau lebih daripada 30 tahun.

    Walaubagaimanapun, memandangkan keadaan ekonomi semasa di mana rakyat masih terhimpit dengan kenaikan kadar inflasi harga makanan dan keperluan asas, Kerajaan Negeri melalui keputusan mesyuarat MMKN pada 13 Julai 2022 telah bersetuju agar tiada nilaian baharu yang akan dikuatkuasakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.