Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
171) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor.
Keluasan tanah Rizab Melayu di Negeri Selangor adalah 403,016.2013 ekar
-
Nyatakan keluasan tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan dan juga yang telah digantikan bagi tempoh 5 tahun ini.
Keluasan tanah Rizab Melayu yang telah dibatalkan adalah 8690 ekar dan Rizab Melayu yang telah digantikan adalah 1180.859 ekar bagi tempoh 5 tahun.