Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

164) MASALAH SOSIAL

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh mana Kerajaan Negeri dalam menangani masalah sosial seperti LGBT, fahaman Syiah dan ajaran sesat di Selangor?

    Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membuat video berkaitan masalah gejala sosial dikalangan remaja dan menyebarkan kepada masyarakat awam serta mengadakan ceramah khas kepada golongan sasaran berkaitan isu LGBT  berdasarkan modul yang telah dibina oleh Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

     

    Manakala dalam menangai isu fahaman Syiah dan ajaran sesat di Negeri Selangor, JAIS telah melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

     

    • Mengadakanp program bersama masyarakat secara bersemuka dan maya berkenaan isu – isu akidah, Syariah dan akhlak  di seluruh daerah Negeri Selangor.

     

    • Mengedarkan pamplet dan bahan- bahan cetakan ( buku) berkaitan isu – isu semasa akidah kepada orang awam, masjid surau, sekolah dan pertubuhan NGO.

     

    • Memuat naik artikel di laman web dan media sosial Jabatan Agama Islam Selangor

     

    • Pemantauan berkala ke lokasi – lokasi biasa  yang dikenal pasti sebagai lokasi ajaran sesat di seluruh Negeri Selangor.

     

    Mana-mana ajaran yang didapati menyeleweng turut diambil tindakan melalui Jabatan Mufti Negeri Selangor  dengan memfatwakan seteruskan mewartakan ajaran-ajaran berkaitan sebagai menyeleweng atau sesat berdasarkan seksyen 47 Enakmen Pertadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.Tujuan pewartaan ini adalah untuk memastikan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dapat dikuatkuasakan dan tindakan susulan dapat diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar fatwa tersebut.

     

    Dari sudut undang-undang pula, Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan telah berjaya membuat tindakan penguatkuasaan terhadap ketua dan pengikut Syiah Imamiah sejak tahun 2015 sehingga tahun 2021 dan beberapa ajaran sesat lain samada yang telah difatwakan ataupun tidak. Diantara tindakan yang telah dibuat adalah kepada Hizbut Tahrir Malaysia, Zikir Nafas, Millah Abraham, Islam Jemaah, Rasul Melayu, Ibu Yati, Masitah (perjalanan mimpi yang terakhir-PMYT) dan lain-lain. Sebahagian mereka, ada yang masih dalam proses siasatan, perbicaraan dan ada yang telah bertaubat. Pihak JAIS bertegas akan menggunakan saluran undang-undang sedia ada bagi apa-apa pelanggaran fatwa yang melibatkan ajaran sesat sama ada ajaran Syiah mahupun yang lain serta membuat pemantauan berkala ke atas premis ajaran- ajaran sesat agar aktiviti mereka dapat dibendung dari terus tersebar kepada masyarakat.

  2. Nyatakan jumlah terkini persatuan atau kumpulan yang telah difatwakan haram di Selangor sehingga tahun 2022.

    Jumlah terkini persatuan atau kumpulan yang difatwakan haram di Selangor sehingga 2022.

     

    Rujuk LAMPIRAN A