Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
157) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik terkini projek belum siap dan dalam perancangan keseluruhan unit Rumah Selangorku mengikut daerah?
Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Rumah Selangorku telah mula diperkenalkan pada tahun 2014. Secara keseluruhannya sebanyak 120,396 unit Rumah Selangorku (RSKU) telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2022. Sehingga 30 Jun 2022, sebanyak 29,155 unit RSKU telah siap dibina, 12,627 unit sedang dalam pembinaan dan baki sebanyak 78,614 unit masih di dalam peringkat perancangan. Perincian Status RSKU mengikut daerah adalah seperti berikut :-
Perincian Status RSKU mengikut daerah
Status Daerah Bilangan Unit Jumlah Keseluruhan Siap Bina Gombak 1,646 29,155 Hulu Langat 6,088 Hulu Selangor 576 Klang 4,592 Kuala Langat 200 Kuala Selangor 2,926 Petaling 7,801 Sabak Bernam 95 Sepang 5,231 Status Daerah Bilangan Unit Jumlah Keseluruhan Dalam Pembinaan Gombak 1,075 12,627 Hulu Langat 2,992 Hulu Selangor 799 Klang 250 Kuala Langat 1,472 Kuala Selangor 1,363 Petaling 2,681 Sepang 1,995 Dalam Perancangan Gombak 16,383 78,614 Hulu Langat 10,565 Hulu Selangor 1,658 Klang 8,546 Kuala Langat 9,064 Kuala Selangor 5,072 Petaling 13,465 Sabak Bernam 24 Sepang 13,837 JUMLAH KESELURUHAN 120,396 -
Nyatakan jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu?
Sehingga 1 Julai 2022, jumlah permohonan Rumah Selangorku yang telah berjaya adalah seramai 41,493 pemohon, tidak layak dan menolak tawaran adalah seramai 37,433 pemohon dan pemohon dalam status senarai menunggu seramai 86,518 pemohon.