Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

155) PERUNTUKAN MARRIS DAERAH KUALA SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah wang MARRIS yang diterima dan telah dibelanjakan dari 2019-2021 bagi Daerah Kuala Selangor?

    Melalui peruntukan MARRIS bagi tahun 2019 sehingga tahun 2021 pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah diluluskan siling peruntukan bagi penyenggaraan jalan bandaran dibawah bidang kuasa penyelenggaraan MPKS adalah berjumlah RM 57,957,790.71 manakala jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan dari tahun 2019 sehingga tahun 2021 adalah berjumlah RM 53,303,525.03. Pecahan peruntukan diluluskan dan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah seperti jadual dibawah:

     

    Tahun Peruntukan MARRIS (RM)
    Terima Belanja
    2019 20,705,607.04 19,573,315.10
    2020 18,623,967.27 16,385,833.56
    2021 18,628,216.40 17,344,376.37
  2. Senaraikan jalan yang telah diselenggara menggunakan wang MARRIS 2021 di Daerah Kuala Selangor?

    Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan jalan bagi jalan-jalan bidang kuasa  penyenggaraan jalaan pihak Majlis sebanyak 44 lokasi kawasan pada tahun 2021 di Daerah Kuala Selangor. Senarai perincian jalan-jalan yang telah disenggara menggunakan peruntukan MARRIS adalah seperti dilampirkan.