Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
153) PENGGERAK BELIA SELANGOR (PEBS)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program berimpak tinggi ( high impact ) yang telah berjaya dilaksanakan oleh PeBT (sebelum dijenamakan semula kepada PeBS) di Kuala Selangor sejak ia dilancarkan hingga kini?
Program Penggerak Belia Tempatan (PeBT) sebelum tahun 2021 adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Pada tahun 2021, PeBT telah ditukarkan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang diletakkan di bawah 56 Dewan Negeri dan dipantau oleh Majlis Sukan Negeri Selangor. Program-program berimpak tinggi yang telah dilaksanakan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) adalah Pesta Sukan Gen-S yang dilaksanakan dari tahun 2016 sehingga 2019. Acara sukan yang terlibat antaranya adalah Futsal, Bola Keranjang 3 on 3, Sepak Takraw dan Bola Jaring. Penyertaan pasukan terdiri daripada 24 zon yang berada dibawah MDKS. Program tersebut memberi peluang kepada belia setempat untuk menyertai pertandingan disamping mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri bersama belia khususnya di Kuala Selangor.
-
Berapakah jumlah peruntukan untuk menggerakkan PeBS setiap tahun?
Pada tahun 2021, PeBT telah dijenamakan semula sebagai Penggerak Belia Selangor (PeBS) yang ditempatkan di setiap 56 Dewan Negeri. Peruntukan yang diturunkan adalah melalui Pejabat Ahli Dewan Negeri atau Penyelaras Dewan Negeri. Jumlah peruntukan yang diberikan adalah RM 20,000.00 setahun bagi setiap PeBS kawasan merangkumi jumlah keseluruhan RM 1,120,000.00 bagi 56 Dewan Negeri Selangor.