Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

152) JAMINAN GURU KAFA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah sebenar guru KAFA yang telah ditamatkan kontrak kerana tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19 di Negeri Selangor sehingga kini?

    Sehingga Julai 2022 seramai 45 orang guru KAFA telah ditamatkan kontrak kerana tidak mengambil suntikan vaksinasi COVID19.

  2. Apakah bantuan yang telah disalurkan kepada guru-guru KAFA yang ditamatkan kontrak ini bagi meringankan kehidupan mereka?

    Tiada bantuan yang disalurkan kerana notis awal telah dimaklumkan kesan sekiranya tidak mengambil suntikan vaksin COVID 19.

Lampiran

Tiada Lampiran.