Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

141) TAHAP PENDIDIKAN GURU KAFA & SRA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha mempertingkatkan tahap pendidikan guru-guru KAFA dan SRA di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah dan sedang membuka ruang menyambung pelajaran serta kerjasama dengan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini seperti berikut:

    1. Peringkat Diploma Perguruan bersama Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA).
    2. Perjanjian Persefahaman bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tujuan memberi peluang melanjutkan pelajaran kepada guru-guru ke peringkat diploma (Pendidikan) untuk guru-guru KAFA.
    3. Peringkat Diploma Pascasiswazah Pendidikan bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bangi.

Lampiran

Tiada Lampiran.