Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

140) BAHASA MALAYSIA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia khususnya di Negeri Selangor?

    Antara usaha yang telah dilakukan adalah dengan melaksanakan program-program seperti berikut:

     

    • Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah menerbitkan 52 tajuk karya agung pelbagai bahasa asing ke Bahasa Malaysia bermula dari tahun 2016 dengan kerjasama Institut Buku Darul Ehsan (IBDE). Buku-buku tersebut telah diedarkan di seluruh pusat perkhidmatan PPAS di negeri Selangor, dipromosikan melalui penganjuran program-program rasmi dan tidak rasmi, serta jualan di platform Shopee.

     

    • Penganjuran seminar dan rakaman wawancara lisan– perkongsian oleh tokoh tempatan termasuk rakyat setempat mengenai pengalaman peribadi dan peristiwa bersejarah;

     

    • Video resensi – mencetus minat membaca dan berkongsi dengan khalayak umum melalui ulasan buku berbentuk video;

     

    • Buku audio karya tempatan–telah menerbitkan 37 karya tempatan terpilih ke dalam bentuk buku audio yang boleh dicapai melalui secara dalam talian;

     

    • Perpustakaan tokoh – pengkatalogan ringkas perpustakaan peribadi pencinta buku (ahli akademik tersohor dan orang awam) yang memiliki koleksi khusus dalam sesuatu bidang kepakaran;

     

    • Penerbitan bersama karya tempatan – beberapa karya terpilih diterbitkan secara bersama antara pihak penulis dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

     

    • Penganjuran Permukiman Sasterawan yang telah dilaksanakan pada 14-16 Julai 2022 yang lalu di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya. Program ini berjaya menghimpunkan 22 Sasterawan dan Karyawan, dan kesemua 7 orang Sasterawan Negara dapat hadir dan mengikuti sepenuhnya program ini.

     

    Antara rancangan yang telah diatur:

     

    • Pementasan Teater Perkhidmatan Awam 2022 bertajuk Antara Tiga yang bakal diadakan pada 8 – 10 Disember 2022 di Istana Budaya sempena Dekad Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam yang akan dianjurkan oleh Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

     

    • Rancangan penganjuran masterclass – sasterawan sebagai mentor dan pembimbing untuk membangunkan lebih ramai pengkarya tempatan khususnya generasi muda oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

     

    • Membantu dalam usaha penerbitan buku karya rakyat oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

     

    • Merancakkan kembali program sempena sambutan bulan bahasa seperti Sayembara Puisi, Bercerita, Pantun dan lain yang boleh memartabatkan Bahasa Malaysia oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Lampiran

Tiada Lampiran.