Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

132) BANGUNAN BAZAR SELANGOR TINGGAL BEGITU LAMA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apa perkembangan berkaitan dengan bangunan Bazar Selangor yang telah tinggal begitu lama? Buat masa ini terlihat kawasan sekeliling telah dibersihkan.

    Untuk makluman YB, Bangunan Bazar Darul Ehsan (BDE) ini terletak di atas sebahagian Lot 19 (Plot D) Pekan Kanchong Darat Sek.1 bersaiz 949m2 dengan keluasan tanah 4.675 ekar. Bangunan BDE siap dibina di atas tanah Kerajaan Negeri pada bulan Disember 2012 untuk dijadikan pusat pengumpulan produk IKS. Pada tahun 2014 kerja-kerja penambahbaikan bagi sistem elektrik dan penambahan kelengkapan seperti pondok pengawal, papan tanda dan beberapa perkara lain yang berkaitan telah dibuat di bangunan tersebut. Namun, sehingga kini, tidak wujud pengurusan Bangunan BDE secara khusus yang mengakibatkan bangunan tersebut mengalami kerosakan yang teruk.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 3 November 2021 Kertas EXCO-MTES No.3/24/2021 yang telah disahkan oleh MMKN ke 38/2021, telah bersetuju untuk menyerahkan BDE kepada Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) untuk dibangunkan. Antara keputusan lain yang dibuat oleh MMKN termasuk pajakan pengoperasian selama 15 tahun dan bayaran sewa kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM1,000.00 bermula pada tahuri kedua.

    Pelan pembangunan BDE adalah sebagai Hentian Morib atau lebih dikenali sebagai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) buat pengunjung yang dalam perjalanan menuju ke lokasi. masing-masing. Selain itu, BDE akan dijadikan pusat jualan produk tempatan. Lokasi ini juga berpotensi untuk dijadikan sebagai evenf space bagi acara rasmi dan santai seperti kursus, seminar dan majlis keraian.

    Mesyuarat bersama pihak Pejabat Daerah Kuala Langat pada 6 Julai 2022 telah mengesyorkan supaya pihak KOHIJRAhI memulakan proses permohonan pemilikan sementara dan pewartaan bagi tujuan pembangunan BDE.

Lampiran

Tiada Lampiran.