Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
129) BALAI POLIS LAMA DI TAMAN MELAWATI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kenapa tidak ada notis Balai Polis Melawati telah berpindah ke lokasi baru dipasang?
Notis hebahan/makluman telah dibuat melalui kaedah berikut :
- Notis perpindahan operasi balai digantung pada premis tapak lama.
- Facebook ‘Polis Daerah Ampang Jaya Page’
- lokasi Balai Polis Taman Melawati yang baru telah dikemaskini di dalam apps waze.
- 18 Oktober 2021 – Lawatan tapak Balai Polis Taman Melawati yang baru oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amiruddin Shari didalam surat khabar Selangorkini.
-
Siapa pemilik asal balai polis yang lama?
Pemilik asal Balai Polis Taman Melawati yang lama adalah Encik Kamarul Jumat Bin Ramli.
-
Adakah terdapat sebarang bayaran bil atau sewa yang tertunggak?
Tiada sebarang tunggakan bil utiliti sepanjang tempoh sewaan Balai Polis Taman Melawati yang lama yang beralamat di No No 35, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Ampang Selangor.
Bayaran sewa terakhir adalah November 2021 dan bil Utiliti terakhir bulan Febuari 2022 telah dijelaskan sepenuhnya .