Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
128) BALAI POLIS BARU DI TAMAN MELAWATI
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa harga tanah dan kos pembinaan bagi tujuan khidmat awam dan komersial?
Lot 14840, seksyen 1, Bandar Ulu Kelang, Mukim Setapak, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan kegunaan Polis Diraja Malaysia.
Nilai Tanah : RM 3,410,000.00
Kos pembinaan : RM 1,200,000.00
Kaedah –
Perjanjian pada tahun 2013 diantara pihak Sime Darby Deveploment Sdn Bhd dan PDRM secara gantian sewaan tapak PDRM untuk dijadikan tapak rumah contoh projek Sime Darby bagi tempoh dua tahun kepada pembangunan Balai Polis Taman Melawati dengan peruntukan sebanyak RM 1,000,000.00 pada ketika itu. Namun, Projek ini telah tertangguh semenjak tahun 2016 hingga 2020. Oleh itu, diatas usaha dan inisiatif YDH Ketua Polis Daerah Ampang Jaya pada tahun 2021 telah mengambil tindakan agar pihak Sime Darby menyelesaikan tunggakan sepertimana yang telah dijanjikan.
Pada Oktober 2021, bangunan Balai Polis Taman Melawati yang baru telah dibina namun masih belum menerima sijil kelayakan menduduki (CCC) daripada pihak Sime Darby sehingga kini.