Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
122) BANCIAN NAMA PENDUDUK SAH BAIK DI KG BATU 8
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Masih terdapat kawasan penempatan setinggan di Kg Batu 8 Hulu Kelang. Sila kemukakan senarai nama dan butiran lengkap bancian yang telah dibuat oleh Kerajaan bagi melayakkan tawaran perumahan.
Bancian terakhir adalah pada tahun 2000 di mana sebanyak 169 keluarga (Warganegara : 136, Bukan Warganegara : 33) telah dibanci pada ketika itu.
Pendudukan terletak di atas rezab sungai di mana lokasi penempatan asal adalah di RKR Sungai Sering dengan sebanyak 140 keluarga termasuk dalam senarai pemindahan di bawah Pemaju Triumph City Development Sdn. Bhd.