Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

115) PROJEK PEMBINAAN DENAI SUNGAI

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kementerian Alam Sekitar dan Air telah melancarkan Projek Pembinaan Denai Sungai sepanjang 10,000km denai sungai yang diumumkan oleh kerajaan pusat, berapa km akan dibina di Selangor?

    Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mensasarkan pembinaan 10,000 km denai di seluruh negara dibangunkan di lokasi rizab terpilih menjelang tahun 2030. Daripada sasaran tersebut, 1,000 km dapat disiapkan pada tahun 2023. Bagi Negeri Selangor, sebanyak 59 lokasi berpotensi telah dicadangkan untuk pembangunan denai melibatkan panjang keseluruhan 90.99 km iaitu 24.68 km denai sedia ada dan 66.31 km berpotensi untuk dibangunkan (lokasi yang dicadangkan sebagaimana di Lampiran A). Sehingga kini, sepanjang 25.5 km telah disiapkan melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan lain-lain agensi seperti SPAN, NAHRIM dan juga PBT.

  2. Di manakah lokasi-lokasi tersebut?

    Lokasi pembinaan denai yang sedang dilaksanakan oleh JPS pada tahun 2022 adalah di Daerah Hulu Langat (Bandar Baru Bangi) dan juga di Daerah Petaling (Sungai Penchala, Kolam Takungan Banjir Puncak Jalil dan Sungai Rasah). Peruntukan yang telah diterima pada tahun 2022 adalah sebanyak RM1.1 juta untuk membina denai sungai di lokasi seperti berikut:-

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Status
    Daerah Hulu Langat 750,000.00  
    1. Kerja-Kerja Pembangunan Denai Sungai Kebangsaan (National River Trails) sebagai Kawalan kepada Pencemaran Sungai dan Risiko Banjir Sungai Langat di Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat 750,000.00 Dalam Proses Penilaian Sebut Harga
    Daerah Petaling 700,000.00  

     

    1. Kerja-Kerja Pembinaan Denai Sungai Penchala dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Seksyen 14 Petaling Jaya, Daerah Petaling 500,000.00 Dalam Proses Penilaian

     

    Tarikh Tutup Iklan: 13.7.2022

    2. Kerja-Kerja Pembinaan Denai Sungai Kolam Takungan Banjir Puncak Jalil dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Seri Kembangan, Daerah Petaling 100,000.00 Dalam Proses Penilaian

     

    Tarikh Tutup Iklan: 13.7.2022

    3. Kerja-Kerja Pembinaan Denai Sungai Rasah dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Seksyen U12 Shah Alam, Daerah Petaling 100,000.00 Tarikh Jangka Iklan: 29.6.2022
      Jumlah 1,450,000.00