Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

103) SENARAI PROJEK JKR SELANGOR YANG DITAWARKAN TANPA MELALUI TENDER TERBUKA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Ketua Pengarah JKR Selangor mempunyai kuasa untuk menawarkan projek tanpa melalui tender terbuka?

    Pengarah JKR Selangor tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan projek tanpa melalui tender terbuka atau projek lantikan terus. Pihak JKR Selangor perlu mendapatkan kelulusan dari Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu sebelum membuat lantikan.

  2. Senaraikan semua projek JKR Selangor yang ditawarkan tanpa melalui tender terbuka pada tahun 2021 dan 2022.

    Berikut adalah projek tanpa tender terbuka atau projek lantikan terus bagi tahun 2022. Tiada sebarang projek bagi tahun 2021.

    Bil. Tahun Projek Kos (RM)
    1. 2022 Menggantikan Jambatan Sungai Jenderam di Laluan B48, Jalan Jenderam Sepang, Daerah Sepang di bawah Program Pemulihan Infrastruktur Pasca Banjir Secara Reka dan Bina 4.13 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.