Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
102) SENARAI PROJEK JPS SELANGOR YANG DITAWARKAN TANPA MELALUI TENDER TERBUKA
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Ketua Pengarah JPS Selangor mempunyai kuasa untuk menawarkan projek tanpa melalui tender terbuka?
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang bidang kuasa bagi perolehan tender selain tender terbuka. Kelulusan perolehan selain Tender Terbuka adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan Malaysia atau Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
-
Senaraikan semua projek JPS Selangor yang ditawarkan tanpa melalui tender terbuka pada tahun 2021 dan 2022.
TIADA tawaran selain Tender Terbuka dibuat pada tahun 2021. Pada tahun 2022, tawaran selain Tender Terbuka iaitu Tender Terhad yang dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor melalui keputusan Mesyuarat MTES Selangor dengan Kelulusan Pegawai Kewangan Negeri adalah seperti berikut:-
- Kerja-Kerja Menaiktaraf Kolam Takungan Bluewater, Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan;
- Kerja-Kerja Pembinaan Kolam Takungan dan Kerja Berkaitan di Lebuhraya Shapadu di Bersebelahan Taman Mutiara Bukit Raja, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan; dan
- Kerja-Kerja Pengukuhan Struktur dan Struktur Ban Sungai Sungai Semarang Line B di Kampung Seri Tanjung, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor.