Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

78) GELANGGANG BOLA KERANJANG USJ20

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah wang pembaikian yang telah dibelanja dari kewujudan gelanggang bola keranjang USJ20 sehingga kini untuk membaiki permukaan licin dan retakan?

    Gelanggang bola keranjang USJ 20 telah dinaiktaraf pada tahun 2016 daripada permukaan lantai jenis ‘premix’ kepada permukaan konkrit.

    –      Kos bagi Projek Kerja-kerja Menaiktaraf Gelanggang Bola Keranjang Di USJ 20/6, Subang Jaya dan SR 7/4, Serdang Raya termasuk gelanggang badminton di Jalan SR 7/4 Serdang Raya, Selangor Darul Ehsan pada tahun 2016 adalah sebanyak RM 197,426.40.

     

    –      Pembaikan permukaan lantai yang dicat pada tahun 2018 menelan belanja sebanyak RM 26,151.40 melibatkan kerja-kerja seperti berikut :-

    i) Kikis dan buang permukaan lantai cat asal yang rosak

    ii) Cat semula permukaan lantai gelanggang

    iii)   Cat semula garisan gelanggang

     

    –      Kerja membaikpulih permukaan lantai pada tahun 2022 menelan belanja sebanyak RM 26,900.00 melibatkan kerja-kerja seperti berikut :-

    i) Kikis , buang dan bersihkan permukaan dengan bahan penanggal cat

    ii) Kerja-kerja membaiki permukaan retak

    iii)   Cat semula permukaan lantai dengan jenis ‘Seamaster Tora Paint’

    iv) Cat semula garisan gelanggang

  2. Sila nyatakan mengapa gelanggang tersebut tidak dibina baru untuk menyelesaikan masalah tersebut yang sering berulang?

    Semakan mendapati keadaan gelanggang hanya memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan / baikpulih sahaja. Kerosakan / pembaikan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh kontraktor penyelenggaraan tahunan berdasarkan keperluan di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.