Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

75) BANTUAN SIHAT SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan penerima Bantuan Sihat Selangor dari DUN Kg Tunku dari tahun 2019, 2020 dan 2021.

    1. Bantuan kesihatan merupakan salah satu keperluan kepada golongan yang memerlukan, terutama kepada mereka yang kurang berkemampuan. Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan program Bantuan Sihat Selangor (BSS) pada tahun 2009 bagi membantu golongan ini mendapatkan bantuan kesihatan dan perubatan seperti rawatan dialisis, katarak mata, pembedahan kecil mahupun alatan perubahan seperti susu dan lampin dewasa. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah penerima bagi Dun Kampung Tunku adalah seperti berikut:
    Tahun Permohonan Penerima
    2019 27 16
    2020 25 12
    2021 14 8
    Jumlah 66 36
  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Bantuan Sihat Selangor?

    Bantuan Sihat Selangor merupakan antara salah satu program kesihatan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam. Walau pun begitu, Kerajaan Negeri menyedari terdapat keperluan bagi mempertingkatkan lagi hebahan dan promosi terutamanya bagi golongan yang menetap di kawasan luar bandar. Antara langkah promosi yang telah dilaksanakan bagi tujuan ini adalah melalui pembukaan booth bagi penerangan lanjut berkaitan BSS di Jelajah Selangor Penyayang (JSP) yang sehingga 22 Julai 2022 telah diadakan di tiga daerah iaitu Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Manakala baki dua lagi daerah iaitu Petaling dan Gombak akan diadakan pada 24 Julai dan 31 Julai 2022. Selain itu juga, hebahan berkenaan BSS turut dilaksanakan melalui ahli Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA) kepada orang awam selaras dengan fungsi dan peranan SUKA dalam menguar-uar kan program bantuan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.