Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

71) LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang telah diluluskan oleh JAS kepada kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa sejak tahun 2020.

    Senarai Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) yang telah diluluskan oleh JAS kepada kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa sejak tahun 2020 adalah seperti di LAMPIRAN 1.

  2. Nyatakan syarat-syarat kelulusan EIA yang dikeluarkan kepada kilang Efast Industries Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Zurah Rasa

    Syarat-syarat kelulusan EIA yang dikeluarkan kepada kilang Efast Industries Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Zurah Rasa adalah meliputi perkara-perkara berikut, antaranya:

    (i)         Proses pemerolehan kembali (recovery) yang dibenarkan adalah terhad kepada buangan terjadual iaitu copper/aluminium dross (SW 104), e-wastes (SW 110), electrical wire (SW 422) dan buangan bukan terjadual iaitu copper/aluminium scrap;

    (ii)        Proses pengasingan (segregation) bagi buangan terjadual SW 110 dan SW 422 daripada plastik, penebat (insulator) dan bahan-bahan lain (unwanted materials) hendaklah dijalankan sebelum proses peleburan (smelting);

    (iii)       Kawalan pencemaran udara melalui pemasangan alat kawalan pencemaran udara bagi mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan dalam Peraturan 12 dan Jadual D, Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014;

    (iv)       Pemasangan alat Continuous Emission Monitoring System (CEMS) bagi memantau pelepasan particulate matter (PM), sulfur dioksida (SO2) dan opacity ke udara secara berterusan;

    (v)        Kawalan pengurusan buangan terjadual bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005; dan

    (vi)       Keperluan menjalankan program pengawasan kualiti udara, air  dan bunyi bising secara berkala; dan

    (vi)       Keperluan menyediakan dan melaksanakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan, EMP), Environmental Mainstreaming Tools (EMT) dan audit alam sekeliling.

  3. Nyatakan syarat-syarat kelulusan EIA yang dikeluarkan kepada kilang peleburan emas atau gold recovery plant di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa

    Syarat-syarat kelulusan EIA yang dikeluarkan kepada kilang gold recovery plant di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa adalah meliputi perkara-perkara berikut, antaranya:

    (i)       Proses pemerolehan kembali (recovery) emas yang dibenarkan adalah daripada sisa emas (scrap) yang diperolehi daripada tukang emas tempatan dan sebarang pengimportan buangan tidak dibenarkan;

    (ii)        Kawalan pencemaran udara melalui pemasangan alat kawalan pencemaran udara bagi mematuhi standard pelepasan yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga, Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014;

    (iii)       Tiada pelepasan air buangan ke longkang awam (zero discharge);

    (iv)       Kawalan pengurusan buangan terjadual bagi mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005;

    (v)        Keperluan menjalankan program pengawasan kualiti udara, air  dan bunyi bising secara berkala; dan

    (vi)       Keperluan menyediakan dan melaksanakan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan, EMP), Environmental Mainstreaming Tools (EMT) dan audit alam sekeliling.