Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

55) TAPAK PELANCONGAN DI N39 KOTA DAMANSARA (MBSA: U3, U4, U5, U6 MBPJ: PJU3, PJU4, PJU5)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tapak pelancungan yang sedia ada di N39 Kota Damansara ?

    Tapak pelancongan di kawasan N39 Kota Damansara yang sering menjadi pertanyaan dan perhatian para pelancong adalah tapak pelancongan yang menyediakan aktiviti rekreasi seperti Kidzania, Muzium Coklat, Camp5 Climbing Gym, Hutan Simpan Komuniti Kota Damansara dan Pusat Membeli belah seperti Pusat Membeli Belah Tropicana Gardens.

  2. Apakah sebarang rancangan untuk menjadikan tempat-tempat tertentu di N39 sebagai tapak pelancongan ?

    Pihak Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk meneruskan kempen pelancongan domestik ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ di dalam memperkenalkan produk pelancongan baharu dan sedia ada kepada orang ramai.

    Selain itu, pihak Tourism Selangor juga ada menjalankan Lawatan Pemantauan Produk di setiap daerah di negeri Selangor dengan membawa pihak media untuk mempromosikan setiap tapak pelancongan yang dilawati. Ini merupakan usaha dan inisiatif daripada pihak Tourism Selangor dalam mempromosikan setiap tapak pelacongan yang dilawati kepada pelancong ketika mengunjung ke Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.