Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
52) SMUE
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perubahan dasar yang paling ketara yang telah di lakukan sejak ianya di perkenalkan yang sangat memberi manafaat kepada rakyat ?
Program Skim Mesra Usia Emas telah dilancarkan pada Ogos 2009.
Manfaat yang diberikan ketika itu adalah dalam bentuk pemberian wang khairat kematian bernilai RM 2,500.00.
Namun, bermula pada 1 Mei 2019, program khairat kematian RM2,500 telah dihentikan.
Pada ketika itu, kerajaan negeri dalam perancangan menggantikan manfaat khairat kematian kepada pemberian manfaat semasa hidup untuk semua ahli yang berdaftar di bawah skim ini.
Bermula September 2019, program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah diperkenalkan dan dilaksanakan dimana ahli SMUE yang masih hidup menerima manfaat baucar beli-belah bernilai RM100 setiap tahun pada bulan kelahiran mereka.
Berkesinambungan daripada itu, pada tahun 2021 manfaat selepas kematian ahli SMUE juga telah perkenalkan semula dimana setiap ahli SMUE yang meninggal dunia, waris akan akan menerima wang khairat kematian bernilai RM500.
Oleh yang demikian, sehingga kini, terdapat dua manfaat di bawah Skim SMUE ini iaitu:
- Manfaat semasa hidup – pemberian baucar beli-belah RM100 setiap tahun pada bulan kelahiran Ahli SMUE.
- Manfaat selepas kematian – pemberian wang khairat kematian RM500 kepada waris sekiranya ahli meninggal dunia dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian.