Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
36) MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada kaedah bagi membaik pulih air di sekitar Tasik Bandaran Kelana Jaya?
Menjalankan rawatan air tasik dengan mengambil kira faktor masalah bau serta indeks kualiti air sedia ada dan seterusnya memastikan masalah air berbau dan kotor air ini dapat dikawal. Keadah utama yang akan digunakan adalah menggunakan aerator yang berfungsi untuk meningkatkan kandungan oksigen dalam air berserta larutan effective microorganism (EM) yang membantu proses rawatan secara biologi.
Bagi loji kumbahan IWK yang bersebelahan tasik ini, sistem yang digunakan adalah Sequencing Batch Reactor (SBR). Kaedah ini melibatkan penggunaan aerator dan penggunaan activated sludge. Sisa sludge yang terhasil akan dilupuskan secara terkawal oleh pihak IWK ke tapak pembuangan tanpa melepaskan ke tasik. Sebagai kawalan tambahan, pihak Majlis akan berkerjasama dengan agensi seperti Jabatan Alam Sekitar, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Indah Water Konsortium dan lain-lain yang terlibat secara langsung dengan loji kumbahan yang berdekatan bagi mengawal aliran air yang memasuki ke tasik agar tiada pencemaran atau pelepasan melebihi had yang dibenarkan disebabkan bidang kuasa kawalan pelepasan loji kumbahan bukan dibawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan.