Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

35) PELUANG PEKERJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kebolehpasaran kaum India dalam mengisi penjawatan dalam jabatan Kerajaan Negeri dan GLC milik Kerajaan Negeri?

    Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPN Selangor) yang berfungsi melantik anggota perkhidmatan awam Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil inisiatif untuk meningkatkan kebolehpasaran kaum India bagi mengisi perjawatan di dalam jabatan Kerajaan Negeri Selangor. Antara inisiatif yang diambil adalah dengan mengiklankan jawatan kosong melalui siaran akhbar bahasa Tamil iaitu Harian Tamil Makkal Osai. Permohonan pekerjaan daripada kaum India sentiasa diberi perhatian sewajarnya sekiranya memenuhi syarat skim perkhidmatan yang ditetapkan.

  2. Adakah perlu untuk mewujudkan kuota bagi memboleh lebih ramai masyarakat kaum India dalam mengisi penjawatan dalam jabatan Kerajaan Negeri dan GLC milik Kerajaan Negeri?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak menetapkan sebarang kuota bagi tujuan pengisian jawatan dalam jabatan kerajaan dan terbuka kepada semua yang memenuhi syarat kelayakan lantikan sesuatu jawatan.

  3. Nyatakan jumlah dan pecahan kaum yang mengisi penjawatan di Jabatan Kerajaan Negeri dan GLC milik Kerajaan Negeri sejak 2008-2021?

    Bersama-sama ini dikemukakan pecahan kaum mengikut perjawatan dan jabatan di Kerajaan Negeri Selangor sehingga 4 Julai 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.