Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

32) MASALAH BANJIR DI DUN SENTOSA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kawasan tadahan air yang belum lagi digazetkan dan nyatakan tempat-tempat berkenaan di DUN Sentosa?

    Terdapat tiga (3) kawasan tadahan air di DUN Sentosa yang belum lagi digazetkan tetapi telah dikenalpasti dan dalam proses penggazetan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) seperti berikut:-

  2. Bagaimanakah prestasi pam air yang baru di Kunci Air Sungai Aur dalam menangani masalah banjir dan air pasang besar?

    Pam di Pintu Air Pandamaran (Kunci Air Sungai Aur) adalah pam jenis kekal (screw pump) berkapasiti 101 cusec dan sedang beroperasi dengan baik. Sehingga kini, tiada kerosakan pada pam dan tiada aduan kejadian banjir limpahan sungai di bahagian hulu.

  3. Bilakah kerja-kerja perlebaran dan mendalamkan Sungai Aur akan dijalankan?

    Berdasarkan Reka Bentuk Terperinci bagi “Projek Penstabilan dan Pengukuhan Tebing Sungai Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan” oleh JPS pada tahun 2021 dan pembinaan Pintu Air Pandamaran yang telah siap pada tahun 2020, adalah didapati Sungai Aur masih berkemampuan untuk menampung kapasiti aliran air sedia ada. Pada masa kini, JPS sedang melaksanakan “Projek Penstabilan dan Pengukuhan Tebing Sungai Aur, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan” yang telah bermula pada 9 September 2021 dan dijangka siap pada 9 September 2023 dengan kos sebanyak RM10,320,000.00. Walau bagaimanapun bagi menampung tambahan kuantiti air disebabkan pembangunan pesat dan faktor perubahan cuaca, “Kerja-Kerja Menaiktaraf Kolam Sungai Aur” dengan anggaran kos sebanyak RM5,000,000.00 dijangka akan dimulakan pada suku keempat tahun 2022 bagi meningkatkan kapasiti Sungai Aur.

Lampiran

Tiada Lampiran.