Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
27) KEMUDAHAN AWAM DUN RAWANG
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perkembangan pemohonan pembinaan dewan di Bandar Country Homes dan Batu Arang.
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak GLM Emerald West Rawang Sdn Bhd. telah memaklumkan kepada MPS bahawa pihaknya sedang dalam proses penyediaan kebenaran merancang dewan di kawasan Emerald West Rawang yang terletak berdekatan dengan Bandar Country Homes.
-
Nyatakan perkembangan pemohonan tandas awam di Batu Arang.
Dokumen taklimat projek (project brief) berkenaan projek pembangunan tandas awam di Pekan Batu Arang telah dihantar ke Pejabat YB ADN Rawang untuk dipanjangkan ke UPEN Selangor pada 28hb April 2022.