Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

25) HOSPITAL SELGATE RAWANG

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kini berkenaan pembinaan Hospital Selgate Rawang?

    Sehingga 30 Jun 2022, pembinaan Hospital Selgate Rawang adalah sebanyak 50%.

  2. Apakah tindakan terhadap kontraktor yang tidak dapat melaksana kerja dengan sempurna?

    Pihak Selgate telah memberikan amaran dan memberikan masa kepada kontraktor sehingga 31/12/22 untuk menyiapkan kerja dengan sempurna. Pihak Selgate juga memberikan amaran untuk penamatan kontrak dan menuntut ganti rugi dari pihak kontraktor.

  3. Berapakah kerugian dihadapi atas kelewatan penyiapan pembinaan hospital?

    Tiada kerugian kewangan yang ketara, walaubagaimanapun pihak Selgate menghadapi kerugian kos peluang, imej dan kerugian dari pendapatan

Lampiran

Tiada Lampiran.