Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

24) KOMUNITI GATED AND GUARDED

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pandangan kerajaan terhadap kawasan perumahan mempunyai komuniti Gated & Guarded yang berpegang hak milik individu?

    Skim komuniti berpengawal merupakan satu kawasan kediaman terkawal secara keseluruhan atau sebahagian di dalam skim-skim perumahan sedia ada atau kawasan perumahan yang baharu di mana pegangan tanah adalah berhakmilik individu (bukan hakmilik strata). Skim komuniti berpengawal telah dibenarkan bagi perumahan yang berpegang dengan hakmilik individu. Untuk memastikan keadaan keselamatan terkawal dan terjamin, skim komuniti berpengawal perlu diwujudkan terutama di kawasan komuniti yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi. Kelulusan permohonan skim perumahan berpengawal hanya diberi kepada persatuan penduduk yang mematuhi keperluan seperti yang telah digariskan dalam Pekeliling Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor Bilangan 1 Tahun 2016 – Garis Panduan Skim Perumahan Berpengawal (Guarded Community) di Negeri Selangor. Garis panduan ini telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 20/2016 bertarikh 15 Jun 2016 dan telah disahkan oleh MMKN ke 21/2016 bertarikh 23 Jun 2016.

  2. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambah baik peraturan dan akta yang sedia ada untuk menyesuaikan keperluan kehidupan kini?

    Ya. Penambahbaikan garis panduan sedia ada dari segi syarat-syarat dan peraturan adalah perlu mengikut keperluan bagi memberi keseimbangan di antara keperluan keselamatan penduduk, integrasi sosial penduduk setempat serta kebebasan pergerakan/ lalu lintas penduduk setempat dan orang awam berlandaskan perundangan sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.