Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

23) KILANG BERHAMPIRAN KAWASAN PERUMAHAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimana kewujudan kelulusan pembinaan kilang jarak kurang daripada 500 meter dari kawasan perumahan?

    Merujuk kepada Manual Garis Panduan Dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi 3, jarak zon penampan yang perlu disediakan di antara kawasan industri dengan kawasan/ zon perumahan adalah merujuk kepada jenis industri yang dicadangkan iaitu industri ringan (50 meter), industri sederhana (150 meter) dan industri berat (300 meter). Faktor kemungkinan kewujudan kilang jarak kurang 500 meter dari kawasan perumahan adalah :-

    1. Kilang merupakan kilang tanpa izin yang dibina tanpa kelulusan PBT;
    2. Tukar syarat tanah yang tidak mengikut zon gunatanah di tetapkan di dalam Rancangan Tempatan; dan
    3. Penyediaan zon gunatanah Rancangan Tempatan yang tidak mengikut kategori dan syarat nyata tanah yang telah diberikan kepada pemilik tanah.
  2. Apakah tindakan kerajaan bagi memastikan kilang-kilang ini tidak menjejas keselesaan penduduk sekeliling?

    Pihak pekilang disyaratkan untuk mendapatkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi jenis aktiviti yang dijalankan untuk mengurangkan isu pencemaran di kawasan kediaman bersebelahan. PBT akan memastikan kelulusan pembinaan industri di kawasan masing-masing mengambilkira keperluan zon penampan dan mematuhi syarat dan garispanduan berdasarkan akta dan undang-undang dikuatkuasakan di Pihak Berkuasa Tempatan seperti Rancangan Tempatan, Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Jalan, Parit Dan Bangunan [Akta 133] dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127].

  3. Nyatakan bilangan kilang yang jarak kurang 500 meter dari perumahan di setiap DUN.

    Bilangan kilang yang jarak kurang 500 meter dari perumahan di setiap DUN adalah seperti berikut :

Lampiran

Tiada Lampiran.