Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
19) PENGANGKUTAN AWAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini perlaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor?
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.
Kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor yang mengenalpasti 12 koridor laluan pengangkutan awam yang paling optimum untuk dilaksanakan di Negeri Selangor telah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bagi Rancangan Malaysia Ke-12.
Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, di antara cadangan 12 koridor tersebut, hanya satu cadangan koridor yang telah dipertimbangkan untuk dilaksanakan iaitu projek Mass Rapid Transit (MRT) Circle Line atau MRT3 oleh pihak MRT Corp, manakala 11 koridor lagi termasuk LRT Circle Line North yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat tidak dipertimbangkan pada masa ini.
-
Apakah status pelaksanaan LRT Circle Line North Dari Rawang ke Shah Alam (Wheel 2 North)?