Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

9) MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG (MPKK)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan menambah jumlah MPKK di Negeri Selangor bagi kawasan kampung yang besar dan mempunyai jumlah penduduk yang ramai dan semakin bertambah seperti di Kampung Telok Gong bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian maklumat?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali dengan soalan 131 daripada Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin (Morib).

    Kerajaan Negeri buat masa ini tidak berhasrat atau menjadikan penambahan bilangan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagai salah satu strategi utama di dalam menangani isu jumlah penduduk kampung yang ramai. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pengecilan dan pemecahan sempadan kampung atau mewujudkan MPKK baru bukanlah satu-satunya kaedah yang boleh diambil di dalam mengatasi masalah kampung yang berkepadatan tinggi.

    Merujuk kepada Pelan Hala Tuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 (PHTSDNS 2035), penetapan ‘Enklaf Desa’ yang merujuk kepada baki kawasan penempatan yang masih mempunyai ciri-ciri fizikal kedesaan merangkumi landskap semula jadi bercirikan desa, seni bina rumah gaya kampung dan halaman kejiranan berkonsepkan kampung bagi sesebuah kampung memerlukan satu kajian lanjut di mana antara cadangan lain yang boleh dipertimbangkan selain pengecilan dan pecahan sempadan adalah pengekalan sempadan dan pengecilan sempadan. Pada masa yang sama, faktor geografi, politik dan kewangan juga memainkan peranan di dalam menilai keperluan mewujudkan MPKK yang baharu.

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sebanyak RM54,200 setahun bagi tujuan pembayaran elaun-elaun dan peruntukan program kepada setiap MPKK. Peruntukan ini tidak termasuk peruntukan bagi tujuan pembangunan fizikal dan infrastruktur.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi sentiasa bersedia untuk menerima sebarang permohonan dari mana-mana Pejabat Daerah/ Tanah bagi tujuan tersebut.

    Terkini, Kerajaan Negeri telah pun menerima satu kertas permohonan bagi mewujudkan MPKK baharu di dalam Kampung Telok Gong daripada Pejabat Daerah/ Tanah Klang dan perkara ini sedang diperhalusi sebelum dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk pertimbangan.

  2. Apakah kriteria yang diperlukan untuk menambah MPKK di Kampung Telok Gong?

Lampiran

Tiada Lampiran.