Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

291) JAMINAN BEKALAN MAKANAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan mentah tertentu seperti ayam, sayur-sayuran dan sebagainya?

    Kerajaan Negeri telah menyediakan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) sebagai satu usaha untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi. Dasar tersebut merangkumi keseluruhan pelaksanaan program pertanian bermula dari Kajian Dan Pembangunan (R & D) sehinggalah ke pemasaran dengan mengambil kira faktor harga yang akan memberikan faktor menang-menang di mana pengusaha beroleh hasil pendapatan yang baik manakala pengguna memperolehi harga yang mampu beli.

    Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) tersebut adalah merangkumi 5 dasar dan 9 kluster seperti berikut :-

    1. Pertanian Bernilai Tinggi (High Value Product);
    2. Pemodenan Pertanian (Agriculture Modernization);
    3. Rantaian Bekalan Makanan Lengkap (Complete Supply Chain);
    4. Pembangunan Agropreneur (Agropreneur Development); dan
    5. Agro Pelancongan (Agro Tourism).

    Objektif PeTA adalah seperti berikut :-

     

     

    1. Produktiviti

    Meningkatkan jumlah hasil pengeluaran dan secara langsung meningkatkan jaminan bekalan makanan atau self sufficiency levels (SSL).

     

    1. Ekonomi

    Meningkatkan sumbangan kepada nilai KDNK sektor pertanian (makanan) Negeri Selangor.

     

    1. Modal Insan

    Mewujudkan peluang sumber pendapatan khususnya kepada golongan muda serta menyediakan latihan dan bimbangan secara hands-on kepada mereka yang berminat.

    Bagi pelaksanaan PeTA tersebut, ianya telah dipecahkan kepada 9 kluster iaitu :-

    1. Agro Prihatin
    • Pengurusan lambakan hasil pertanian.
    • Pemberian bantuan / insentif kepada golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani (IAT).

     

    1. Agro Komuniti
    • Program agro bandar dan kebun komuniti.
    • Agro Siswa.
    • Agro Sekolah.

     

    1. Agro Centre Of Excellence (ACE)
    • Meningkat kajian dan pelaksanaan untuk mengeluarkan benih tanaman, baka ternakan dan akuakultur serta kajian bagi mengurangkan kos makanan ternakan serta penghasilan input-input tanaman yang bersifat mesra alam.

     

    1. Agropreneur Selangor
    • Mewujudkan lebih ramai agroprenuer.
    • Program Ikon Selangor.
    • Pendaftaran agroprenuer.

     

     

     

     

    1. Agro Pelancongan
    • Galakan untuk mewujudkan lebih banyak lokasi agro pelancongan berasaskan projek-projek pertanian yang sedia ada sebagai pendapatan tambahan kepada pengusaha.
    • Melaksanakan program-program bagi mempromosikan lokasi pertanian seperti Pesta D’Bendang dan Sport Fishing.

     

    1. Maju Agro Selangor
    • Program meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan agroprenuer.
    • Membina dan menaik taraf prasarana berkaitan sektor pertanian.

     

    1. Agro Niaga
    • Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan yang lengkap.
    • Promosi hasil segar dan proses di dalam dan luar negara.
    • Mewujudkan lokasi-lokasi jualan secara terus kepada pengguna seperti Selangor Agro Market (SAM) dan Program Agro Ehsan.

     

    1. E-Agro
    • Pusat pengumpulan data-data pertanian seperti kawasan yang sedang diusahakan dengan projek pertanian, jumlah pengusaha sektor pertanian makanan segar dan proses serta maklumat tanah-tanah pertanian milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dimajukan.
    • Borang-borang permohonan insentif pertanian dan pendaftaran agroprenuer secara atas talian.

     

    1. Smart Selangor Agro Park (SSAP) Dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF)
    • Pembukaan lebih banyak Kawasan-kawasan pertanian makanan berteraskan Dasar PeTA.
  2. Apakah usaha-usaha anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti PKPS dan lain-lain dalam membantu meningkatkan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan rakyat Selangor?

    Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh PKPS untuk membantu meningkatkan bekalan makanan di Selangor adalah seperti berikut:

    1. Program jualan hasil pertanian secara konsisten di seluruh negeri Selangor.
    2. Program Intervensi Harga Makanan Ehsan bagi memastikan akses makanan segar pada harga rendah kepada seluruh rakyat negeri Selangor. Hasrat ini dicapai menerusi pelaksanaan Program Jualan Prihatin Rakyat yang mendapat sambutan memberangsangkan di lebih 78 lokasi di seluruh negeri sejak awal tahun ini.
    3. Menjalin usahasama strategik berkaitan sekuriti makanan dengan agensi lain seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan pihak swasta.
    4. Melaksanakan Projek Tanaman Jagung Bijirin seluas 300 ekar di Kuala Langat Selatan dan 400 ekar di Gemas, Negeri Sembilan bagi mengurangkan kebergantungan kepada makanan ternakan yang diimport.
    5. Kerajaan Negeri Selangor menerusi PKPS juga telah melancarkan 5 produk (benih) yang telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin pada 2 Jun lalu. Benih-benih tersebut adalah Melon Selangor atau Melo Sel untuk jenis rangup, jenis manis dinamakan sebagai Selangor Sweet Melon, jagung bijiran untuk makanan binatang (Grainsel), jagung manis (Selangor Sweet Corn) dan betik (Selangor Tropical Papaya).
    6. PKPS juga sedang merancang untuk membangunkan sebuah lagi projek ternakan ayam daging iaitu di Ulu Bernam, Hulu Selangor yang dijangka dapat menambah pengeluaran ayam daging sebanyak 300,000 ekor setiap kitaran. Ini menjadikan jumlah pengeluaran ladang ayam PKPS kepada 800,000 ekor ayam setiap kitaran berbanding sebelum ini iaitu 500,000 ekor.
    7. Projek lembu tenusu di tapak projek Ladang Jelutong Jati, Mukim Sungai Panjang, Daerah Sabak Bernam juga antara usaha yang digerakkan oleh PKPS dengan 75 ekor lembu keseluruhannya (hingga Julai 2022) yang mana 21 daripadanya adalah lembu perah. Pada Jun lalu, direkodkan penghasilan susu lembu adalah sebanyak 6.56 seliter untuk seekor lembu perah. Selebihnya pula, seekor lembu jantan, 19 ekor lembu dalam rawatan dan 34 ekor adalah anak lembu.

Lampiran

Tiada Lampiran.