Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

272) JALAN RAYA BERTAMPAL DAN ROSAK

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bajet peruntukan telah dikeluarkan setiap tahun. Undang-undang telah diperketatkan. Jalan masih rosak dan bertampal pun masih tidak selesaikan masalah yang dihadapi di kawasan kampung dan Bandar Puncak Alam. Apakah jaminan daripada Kerajaan Negeri berkaitan hal ini?

    Majlis Perbandaran Kuala Selangor dari semasa ke semasa secara tahunan akan melaksanakan program kerja-kerja penyelenggaraan jalan secara rutin dan berkala bagi jalan-jalan di bawah bidang kuasa penyelenggaraan pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor di setiap kawasan DUN dalam daerah Kuala Selangor menggunakan peruntukan MARRIS. Skop utama kerja-kerja penyelenggaraan ini yang melibatkan penyengggaraan tampal lubang (pot hole) dan menyenggara pavemen (menurap semula jalan) berdasarkan pemeriksaaan dan penilaian keadaan semasa jalan permukaan turapan serta struktur jalan. Selain dari penyenggaraan biasa terdapat juga pembaikan kecemasan iaitu bagi jalan-jalan yang mempunyai memerlukan tindakan dan pembaikan segera.

    Bagi tujuan pengurusan dan pemantauan aduan jalan pihak Majlis juga menggunapakai sistem terimaan aduan IRS (Sistem Intelligent Respond Selangor) yang diwujudkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelaras aduan serta memantau aduan berkaitan jalan berlubang yang boleh diakses oleh semua orang awam bagi aduan kerosakan jalan.Selain itu juga aduan jalan boleh disalurkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

    Masalah kerosakan jalan khususnya di kawasan Bandar Puncak Alam melibatkan jalan-jalan berhampiran berhampiran dengan kawasan pembangunan baru dimana terdapat sebahagian jalan-jalan awam digunasama bagi laluan orang awam / penduduk sekitar dan turut juga digunakan oleh lori-lori atau jentera menggangkut bahan binaan.

    Majlis Perbandaran Kuala Selangor juga telah mengenakan syarat-syarat dalam kelulusan pembangunan kepada pihak pemaju yang terlibat untuk memperbaiki jalan yang telah rosak akibat pembinaan di kawasan pembangunan baru atau menaiktaraf jalan-jalan tersebut

Lampiran

Tiada Lampiran.