Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
270) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula keberkesanan program ini agar ianya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Selangor?
Kerajaan Negeri sentiasa mengesyorkan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengkaji setiap keperluan laluan-laluan Bas Smart Selangor selaras dengan sambutan dan tahap kepenggunaan perkhidmatan bas tersebut dari semasa ke semasa. Jawatankuasa Tetap Pengangkutan Awam Negeri Selangor merupakan platfom untuk PBT membangkitkan isu-isu dan cadangan berkaitan Bas Smart Selangor berdasarkan hasil kajian mahupun soal selidik yang dijalankan dengan pembentangan prestasi bas supaya keberkesanan perkhidmatan ini dapat dinilai serta memberi manfaat kepada rakyat Selangor khususnya di kawasan pentadbiran masing-masing. Sebarang penambahbaikan untuk memperbaiki perkhidmatan bas ini amat dialu-alukan dan akan dipertimbangkan berdasarkan justifikasi yang jelas serta mendapat kelulusan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan sehingga kini?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah perbelanjaan diperingkat Kerajaan Negeri bagi perkhidmatan Bas Smart Selangor adalah sebanyak RM140.5 juta bagi tempoh tujuh (7) tahun iaitu dari 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2022.